Kelab Rakan Muda Kuala Nerus Telah mengadakan Program Rakan Muda MAsyarakat bertempat di rumah orang2 tua bukit payung..
Aktiviti - Gotong Royong Dan Ramah mesra bersama Orang2 tua.
IKLAN RAKAN MUDA
Logo Rasmi Rakan Muda
PENGENALAN RAKAN MUDA
Program Rakan Muda merupakan program yang dilaksanakan berasaskan tranformasi falsafah pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti. Falsafah pelaksanaan adalah selaras dengan pendekatan pembangunan belia komuniti. (Community Youth Development ).
Penekanan pendekatan pembangunan belia komuniti adalah penglibatan secara total golongan belia dan komuniti setempat. Golongan remaja akan digerakkan secara bersama dengan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti meliputi kegiatan ekonomi, sosial, budaya yang dilaksanakan melalui Gaya Hidup Rakan Muda. Penglibatan ini akan meningkatkan peranan remaja dalam masyarakat dan membawa impak pembangunan menyeluruh komunti tersebut. Secara tidak langsung transformasi ini akan membawa golongan remaja dalam arus pembangunan negara.
Teras gerakan ini melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan oleh pengamal Gaya Hidup berkenaan, berdasarkan citarasa dan keperluan persekitaran komuniti tersebut. Di bawah teras ini, tumpuan utama pelaksanaan program adalah ke arah menjana keupayaan pengamal Gaya Hidup dengan melengkapkan mereka dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan sikap.
Gaya Hidup Rakan Muda memberi penekanan kepada elemen pembangunan diri remaja, seperti patriotisme, kesukarelaan, berbudaya, pendidikan moral, pembangunan 3K dan selaras dengan pembentukan modal insan yang diberi penekanan oleh kepimpinan negara.

PROGRAM TERBARU KELAB RAKAN MUDA KUALA NERUS
PROGRAM PERKHEMAHAN REMAJA DINAMIK RAKAN MUDA KUALA NERUS.
TARIKH : 17 JUN 2010 - 19 JUN 2010
HARI : KHAMIS - SABTU.
TEMPAT : TAPAK PERKHEMAHAN BUKIT JONG, TEPOH. KUALA NERUS.
BORANG BOLEH DIDAPATI DI PUSAT SIBER RAKAN MUDA KUALA NERUS, D/A WISMA 4B (M) KUALA NERUS, BATU ENAM. TERENGGANU. ATAU HUBUNGI 09-6624540, ATAU 019-9544885 (PENGERUSI)
TARIKH TUTUP 6 JUN 2010
23 Jul 2009
8 Jul 2009
Pertandingan Futsal Rakan Muda Kuala Nerus.
20 Apr 2009
JADUAL PROGRAM KELAB RAKAN MUDA KUALA NERUS.
klinik dan pertandingan grafiti peringkat parlimen kuala terengganu dan kuala nerus.
tempat : kompleks belia dan sukan negeri terengganu.
tarikh : 23-25 April 2009
maklumat lanjut email :rakanmuda@mail.com atau hubungu : 019-9544885(khairi)
tempat : kompleks belia dan sukan negeri terengganu.
tarikh : 23-25 April 2009
maklumat lanjut email :rakanmuda@mail.com atau hubungu : 019-9544885(khairi)
3 Mac 2009
Program pelancaran dan Larian Amal Tabung Palestin
30 Nov 2008
Al-Fatihah Buat Penaung Kelab Rakan Muda Kuala Terengganu.
Al-Fatihah buat Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail yang juga Penaung Kelab Rakan Muda Kuala Terengganu. Semoga Rohnya Di Cucuri Rahmat.
Biodata
Menurut laman web rasmi Umno Terengganu, allahyarham dilahirkan di Hulu Terengganu pada 25 Jun 1949.
Beliau mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang sebelum meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.
Kemudian, Razali melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang sejarah. Setelah mengajar beberapa tahun, beliau tidak melepaskan peluang untuk membuat Sarjana Pendidikan di Birmingham, United Kingdom.
Memulakan kerjaya sebagai guru, allahyarham juga pensyarah di beberapa buah maktab perguruan di Malaysia.
Menjadi timbalan pengetua di Maktab Perguruan Kota Bharu sebelum dilantik pengetua Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu dan kemudiannya di Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu.
Setelah itu, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran pada 2002.
Isterinya merupakan surirumah sepenuh masa, namun sebelum itu, beliau pernah bekerja dengan kerajaan dan tempat terakhir beliau bertugas adalah di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya.
Allahyarham bersama Nooraini dikurniakan lima orang anak yang kesemuanya lelaki.
13 Okt 2008
Kem Sukarelawan Rakan Muda Peringkat Zon Timur 2008
Peserta : Semua Pengerusi , tim. pengerusi , dan AJK kelab Rakan Muda Seluruh Pantai Timur.
Tempat : kem sweet beach resort, tok bali, pasir puteh, kelantan.Tarikh : 28 okt - 1 november 2008
maklumat lanjut hubungi : 09-6227010.( Kompleks Belia dan Sukan Kuala Terengganu)
pengangkutan disediakan
Langgan:
Catatan (Atom)