Al-Fatihah buat Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail yang juga Penaung Kelab Rakan Muda Kuala Terengganu. Semoga Rohnya Di Cucuri Rahmat.BiodataMenurut laman web rasmi Umno Terengganu, allahyarham dilahirkan di Hulu Terengganu pada 25 Jun 1949.
Beliau mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang sebelum meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.
Kemudian, Razali melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang sejarah. Setelah mengajar beberapa tahun, beliau tidak melepaskan peluang untuk membuat Sarjana Pendidikan di Birmingham, United Kingdom.
Memulakan kerjaya sebagai guru, allahyarham juga pensyarah di beberapa buah maktab perguruan di Malaysia.
Menjadi timbalan pengetua di Maktab Perguruan Kota Bharu sebelum dilantik pengetua Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu dan kemudiannya di Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu.
Setelah itu, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran pada 2002.
Isterinya merupakan surirumah sepenuh masa, namun sebelum itu, beliau pernah bekerja dengan kerajaan dan tempat terakhir beliau bertugas adalah di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya.
Allahyarham bersama Nooraini dikurniakan lima orang anak yang kesemuanya lelaki.